17 November adalah tarikh di mana dua musuh tradisi di peringkat Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia bakal berentap di pentas Sukan Sea 2011. Perlawanan terakhir Malaysia di peringkat kumpulan di mana kemenangan bakal mengesahkan tempat pasukan Harimau Muda di peringkat separuh akhir.
Secara peribadi saya melihat pasukan bawah 23 tahun ni tidaklah semantap pasukan senior negara. Walaupun kita mempunyai Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan kapten pasukan Badrol Bakhtiar, tetapi pasukan ini belum menunjukkan konsistensi yang diperlukan bagi kejohanan peringkat tertinggi.
Secara keseluruhan, sehingga kini pasukan bawah 23 ini sememangnya ada menunjukkan peningkatan dari permainan pembukaan sehinggalah kepada perlawanan menentang Kemboja tempoh hari. Cuma mereka belum berupaya menunjukkan tahap konsentrasi yang memuaskan. Seolah-olah fokus mereka secara kolektif sering hilang dalam sesuatu permainan.
Bagi pertandingan seperti Sukan Sea ini, pemain-pemain haruslah mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Mereka harus berupaya mengekalkan rentak sepanjang 90 minit permainan. Ini telahpun dibuktikan oleh pasukan senior apabila kita berjaya menjuarai Piala AFF Disember lalu.
Inilah yang harus dicontohi oleh pemain-pemain muda kita ini. Seharusnya ini bukanlah sesuatu perkara yang mustahil kerana kita mempunyai beberapa pemain yang telahpun beraksi ketika Piala AFF. Pengalaman yang diperoleh mereka ini haruslah dikongsi bersama-sama pemain-pemain yang lain.
Saya melihat kita memang mempunya pemain pertahanan dan pemain tengah yang baik. Tetapi pemain penyerang kita tidaklah sebagus Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Dua pemain ini tidak boleh dinafikan merupakan pemain penyerang terbaik Malaysia dewasa ini. Walaupun demikian, kita janganlan menjadikan alasan untuk tidak mencapai sebarang kejayaan di Sukan Sea kali ini.
Saya sungguh tertarik dengan persembahan Badrol dan Nazmi Faiz. Badrol sememangnya layak untuk menjadi kapten pasukan Malaysia dan Nazmi, walaupun masih berumur 17 tahun telah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau bakal menjadi 'bintang' di masa hadapan. Kita mengharapkan rakan-rakan lain menaikkan taraf permainan mereka agar seimbang dengan Badrol dan Nazmi.
Pada awalnya saya begitu 'risau' dengan kekuatan keseluruhan pasukan ini kerana mereka tidak semantap pasukan senior. Tetapi setelah melihat perubahan dari segi persembahan dari perlawanan pertama sehinggalah perlawanan melawan Kemboja, saya mulai yakin bahawasanya kita berupaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu. Keyakinan saya juga mulai menebal setelah saya menyaksikan persembahan pasukan bawah 23 Indonesia.
Seperti juga pasukan Harimau Muda, pasukan Indonesia kini juga tidaklah semantap pasukan senior mereka. Mereka tidak mempunya pemian tengah yang begitu bagus. Kelebihan pasukan Indonesia ini terserlah pada pemain-pemain penyerang mereka terutamanya Titus Bonai. Dia merupakan seorang pemaing yang mempunyai larian yang sangat pantas dan bijak membuka ruang buat teman-teman sepasukannya.
Apa yang jelas corak permainan Indonesia ini hanyalah 'hit and run' di mana pemain-pemain mereka akan cuba membuat hantaran terus ke pemain-pemain hadapan. Titus Bonai, Okto dan Patrich, ini adalah pemain-pemain yang mempunyai larian yang kencang.
Malaysia haruslah berupaya menyekat hantaran jauh pemain-pemain Indonesia. Pemain-pemain tengah kita juga harus bekerja lebih keras. Pemain-pemain pertahanan mungkin harus bertahan di kawasan sendiri, jangan terlalu ke atas kerana pemain-pemain Indonesia boleh melepasi perangkap 'off-side' dengan mudah.
Selain itu, pemain-pemain Malaysia juga harus bermain dengan corak yang tersendiri dan jangan terpedaya dengan corak pantas pasukan Indonesia. Kekalkan penguasaan bola dan 'slow buildup' ini perlu kerana kita sememangnya mempunyai pemain-pemain yang berkualiti di bahagian tengah. Hantaran pendek dan 'one touch football', ini akan menyebabkan pasukan Indonesia tertekan.
Selain itu, pemain-pemain juga harus boleh atau berupaya menyekat fikiran mereka dengan keadaan sekeliling. Kita tahu bagaimana peranan penonton atau penyokong-penyokong Indonesia ini juga boleh membantu pasukan mereka. Thailand telah membuktikan, penguasaan bola dan hantaran pendek yang kemas boleh mengucar-ngacirkan pertahanan Indonesia. Inilah yang harus kita lakukan.
Jangan bermain dengan corak bertahan kerana ini akan memakan diri. Kita harus bijak ketika bertahan dan jangan gopoh apabila menguasai bola dan menyusun serangan ke arah kubu lawan. Disiplin yang tinggi akan membolehkan kita mencapai kejayaan.
Pasukan Indonesia merupakan pasukan pilihan, ini kerana mereka juga pasukan tuan rumah. Tapi jika mereka terus bermain seperti mana mereka bermain ketika menentang Thailand saya tidak lihat mereka akan berjaya untuk lolos ke sehingga ke peringkat akhir.
Ayuh gegar Harimau Muda!!
No comments:
Post a Comment